"Awak, Bila Nak Kahwin?" : 176 #BicaraLensa | Bicara Lensa
"Jangan lupa tunaikan kewajipan kepada-Nya dulu sebelum melayari teratak ini.."

"Awak, Bila Nak Kahwin?" : 176 #BicaraLensa

Bila ada yang tanya tentang jodoh kepada saya, boleh saya keluarkan statement begini?

 "Selagi tak habis belajar, selagi tak graduate, selagi tak kerja, selagi tak ada duit, selagi calon tak muncul-muncul. Selagi itulah saya tak berminat untuk bercerita tentang kahwin."

Boleh?

Kadang-kadang penat nak jawab.

Ya! Tahu usia makin meningkat.

Ya! Tahu, ramai kawan-kawan seangkatan saya yang dah selamat diijabkabulkan..

Tapi..

Andai Allah dah tetapkan hamba-Nya ini tidak berjodoh di dunia ini,
Buatlah macam mana sekalipun.
Tetap tak ada kan..  =(

Dan diri ini akan tetap usaha belajar untuk redha dengan setiap ketentuan dari-Nya.

Allah.. )=

Aku juga mahu dijagai dan menjagai..
Aku juga mahu disayangi dan menyanyangi..
Aku juga mahu dicintai dan mencintai..
Aku juga mahu itu semua..

Bila tiba masanya, insha-Allah.. adalahkan..

Andai sebaliknya.. Redhailah..

Tidak di dunia, Insha-Allah di akhirat itu pasti..



FTR: Usah ditanya lagi kepadaku tentang jodohku. Tanyalah kepada Sang Pencipta jodohku, kerna DIA lebih tahu tentang jodohku dari aku..

14 comments:

{ dee } | 25 December 2012 14:51 said...

:)

{ Dinas Aldi } | 25 December 2012 20:37 said...

Dik Faaein muda lagi laa. Akak ni umoq dah 40 tahun pun tak kawen2 lagi. Tapi akak hepi ja pun. Orang lain yg selalunya TOLONG risau, TOLONG susah hati & susah payah TOLONG kaji kenapa akak tak kawen lagi. Heheh. Lantak ke dema laa. Jangan sedih2, nanti kena hypertension :D

{ thomas } | 25 December 2012 21:40 said...

segala2nya ditangan DIA.

{ Izzati Hashim } | 25 December 2012 22:20 said...

Typical question. :)

Selalunya jawapan skema yang saya bagi,

"Bila tarikh yang Allah tetapkan tu tiba."

Normal kot kakak. Even saya yang baru 22 ni pun dah ditanya banyakkkk kali.
Ni pun maybe sebab ada kawan-kawan satu batch yang dah kahwin dan dah ada anak.

Sabar ya? hehehe.
Senyum, tak perlu kata apa-apa, maybe that is the best answer. :)

{ helang timur } | 25 December 2012 22:54 said...

Saya pun. Padahal 23 baru... (Tapi tahun depan 24 la kan) Ahaha.

Saya fikir, bila orang bertanya begitu, sebab takdek benda nak tanya, takdek benda nak diupdate dari kita. Jadinya mereka tanya je. Macam jugak lepas kahwin, mesti akan ada soalan lagi. Bila nak pregnant semua. Bila dah pregnant, bila deliver. Lepastu macam tu lah selalu-nya selagi kita tak mati...

Dan sebenarnya, macam mana saya nak kejar cinta manusia kalau cinta Allah pun belum sempurna. :)

* Sendirian bukan hukuman. Tetapi ketentuan.
Untuk memperbaiki diri ke jalan Tuhan.

* Cinta manusia bukanlah satu-satunya jalan kunci ke syurga-Nya.
Dan cinta manusia bukanlah satu-satunya penyebab bahagia yang sementara~

* Cinta akan datang bila kita sunyi dan sedih. Tapi jodoh akan datang bila kita sudah sedia dan mula! :)

Hidup single dengan sepuas-puasnya. Travel sana sini. Bak kata Ustaz Hasrizal...

"Saya tak galakkan kamu kahwin muda sangat.

Sebab kamu akan jadi orang tua yang BOSAN.
Kalau saya jumpa kamu, saya takde benda yang nak bual dengan kamu.
Boring.



Sepatutnya kamu guna masa remaja untuk teroka benda baru,

panjat sana, panjat sini, travel sana travel sini,
baru fikir pasal kahwin.


Biar tahu erti hidup dulu."

{ adrenalina } | 26 December 2012 00:15 said...

takper...org yg tanya pasal bila awk nk kahwin tu sebenarnya ambil berat pasal faaein... jgn risau ... umur muda lagi tu... dan sentiasa berusaha utk meningkatkan diri sendiri. Misteri itu jodoh dan rahsia ALlah... jodoh itu akan datang bila waktu yang TEPAT utk kita. saya pun xjumpe lagi... tapi yg penting USAHA+TAWAKAL+DOA= eh ni formula nak berjaya dlm exam tapi equally same to cari jodoh jugak lah hahaha

{ adrenalina } | 26 December 2012 00:16 said...

*pembetulan ... ayat misteri itu jodoh tu sebetulnya...JODOH ITU MISTERI! (dipetik dari episod SEMANIS KURMA)

{ fairus } | 26 December 2012 00:22 said...

ELOK JUGA KAHWIN MUDA.. TAKDELAH NANTI MASA DAH PENCEN ANAK2 MASIH BERSEKOLAH..

{ gadisBunga™ } | 26 December 2012 09:49 said...

hahaha. orang yang bertanya tu pun tidaklah lebih mengetahui dari orang yang ditanya. betul tak?

{ gadisBunga™ } | 26 December 2012 09:52 said...
This comment has been removed by the author.
{ Daddy Ziyyad } | 26 December 2012 15:55 said...

Abaikan aja..

Standard la org kita..

kalau belum kawin, sibuk tanya bila nak kawin..

Bila dah kawin, sibok pulak tanya bila nak dapat anak...

Alahai...

{ Embun Melati } | 26 December 2012 17:29 said...

Tak apa. Akak pun mengalami perkara yang sama. Lagi2 akak dah makin berumur..hek3!

{ Iffah Afeefah } | 27 December 2012 10:44 said...

ipah pon kene gak

tabah je senyum dan jwb belum msenye

{ adan } | 28 December 2012 22:38 said...

suka baca komen helang timur..

 

Copyright © 2012 Bicara Lensa All Rights Reserved

Design by Dzignine