Aku tak tahu kenapa aku suka sangat guna gambar ni.
Ada sentimental value kut..
Err.. Sentimental? Entah.. Belasah aje..
Aku modified nama blog ni jadi Bicara Lensa Tepi Jalan.
Ya. Berbicara melalui lensa di tepi-tepi jalan juga kadangkala cukup memuaskan.
Mungkin aku bukanlah penembak yang mahir, profesional, terlebih profesional dan apa sajalah..
Tapi kalau setakat tembak-menembak di tepi jalan, InshaAllah memang boleh aje aku layan.
Tembak-menembak bukannya susah pun.
Kau letakkan jari di atas button shutter.
Lepas tu klik-klik aje lah.
Dan gambar pun terhasil.
Mudah kan..
*Hidup ni kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang.
Apatah lagi hati sendiri.
Sebab tu aku suka sangat buat banyak blog.
Bila aku tak puas hati dengan blog tu aku buat blog ni.
Aku ulang tindakan yang sama..
Aku ulang..
Sampai hati aku puas..sedikit.
Bila aku tak suka aku tutup aje terus.
Delete..
Nak bakar tak boleh.
Dan.. Ia akan berulang sampai aku rasa penat untuk berbuat demikian.
Err.. Tinggal 2 hari lagi nak start final exam aku.
Orang lain semua dah sibuk berperang.
Aku aje dok tunggu masa ni.
Doakan aku yer kawan-kawan.
Moga aku dapat jawab dengan baik.
Terima kasih buat kalian yang masih sudi singgah ke teratak ini. Aku sangat-sangat hargai kedatangan kalian.
Tanpa kalian, pasti sunyilah laman sesawang ni.
p/s: Semalam aku ada aje buat blog baharu. Tapi aku tutup balik. Mungkin ada masa aku guna blog tu pulak kut.. hehehe.. Hidup memang tak akan pernah puas.. dan "Blog bukanlah hak milik kekal",kata dari seseorang.
~FTR: 0750: 06052012~




4 comments:
faaein,gd luck untuk exam nanti...:)
*gambar senja?aie pun suka ambil gambar waktu senja...:)
[Aiez] Thanks aiez.. =]
gambar senja.. kadangkala mengingatkan kita tentang perubahan usia...
cantik permandangan senja di gambar itu. Subhanallah.
kepuasan itu mmg ssh nak cri sbnrnya. kdg2 akl membisik utk terima apa adanya tapi hati membentak ingin yg lbih smpurna. Susah sungguh. hoho~
p/s: gudluck kak faaein! InsyaAllah boleh buat punya. Amin. :)
[CikShiqah] thanks shiqah.. =) itulah kehendak hati, sentiasa nak lebih sampai hati tu rasa puas.. entahkan bila nak puas.. tak tau lah.. =(
Post a Comment